بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Kempen Balai Pengajian AcehDi Desa Madat, Aceh Timur, balai inilah tempat anak-anak belajar Al-Quran dan masyarakat berkumpul menuntut ilmu. Lantainya sudah runtuh dan strukturnya tidak lagi selamat. Bantu kami bina semula ruang ilmu ini.
Pembinaan dijadual bermula Disember 2026. Sumbangan anda membiayai pembinaan balai, kelengkapan persekolahan untuk murid di sekitar kawasan terjejas, serta pengurusan dan pemantauan projek sehingga balai siap diguna.
Ketika misi bantuan banjir di Aceh, team MVM bukan sahaja melihat rumah dan harta benda yang musnah. Kami turut melihat banjir merosakkan tempat yang menjadi nadi kehidupan komuniti: balai mengaji.
Sebelum banjir, penduduk berkumpul di sini untuk membaca Al-Quran, belajar agama, mengadakan aktiviti komuniti dan berkongsi ilmu. Selepas banjir, lantai kayu balai runtuh dan keadaannya tidak lagi selamat. Namun kerana tiada usaha baik pulih, anak-anak masih menggunakannya. Bila terlalu ramai, sebahagian mereka mengaji di atas tanah.
Tinjauan kami mendapati struktur balai lemah. Anak-anak dan penduduk terdedah kepada bahaya jika ia tiba-tiba roboh.
Mengaji adalah tradisi dan pendidikan berterusan di sini. Walaupun balai rosak, anak-anak tetap datang belajar.
Bila ramai yang hadir, sebahagian kanak-kanak terpaksa duduk dan mengaji di atas tanah di luar balai.
Pilih jumlah, dan lihat berapa ramai penderma seperti anda yang diperlukan untuk menyiapkan balai ini.
“Setiap ayat yang dibaca di balai ini, insya-Allah menjadi pahala yang terus mengalir.”
*Bilangan penderma dikira berdasarkan baki sasaran semasa dan dibundarkan ke atas.Balai baru dibina di atas tiang, berlantaikan papan kayu dan beratap spandek, supaya selamat daripada air bertakung dan selesa untuk kelas pengajian.
Setiap peringkat dipantau oleh MVM dan didokumentasikan untuk penderma.
“Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya.”
Hadis Riwayat MuslimBayangkan anak-anak kembali duduk membaca Al-Quran di dalamnya, guru kembali mengajar ilmu agama, dan masyarakat kembali berkumpul. Insya-Allah, setiap kebaikan yang lahir dari tempat itu menjadi pahala yang terus mengalir.