بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Kempen Balai Pengajian Aceh

Balai mengaji mereka rosak dilanda banjir. Ada anak-anak yang kini mengaji di atas tanah.

Di Desa Madat, Aceh Timur, balai inilah tempat anak-anak belajar Al-Quran dan masyarakat berkumpul menuntut ilmu. Lantainya sudah runtuh dan strukturnya tidak lagi selamat. Bantu kami bina semula ruang ilmu ini.

RM1,390 terkumpul Sasaran RM15,000
9% tercapai Perlukan RM13,610 lagi
Balai pengajian di Desa Madat yang rosak selepas banjir, bumbung berkarat dan lantai runtuh
± 20–25 orang
boleh mengaji serentak di balai baru yang akan dibina
NGO Berdaftar
ROS PPM-003-14-30122014
Tapak Ditinjau Sendiri
Team MVM turun ke Aceh semasa misi banjir
Dokumentasi Hingga Siap
Gambar pembinaan dikongsi kepada penderma
Sasaran Kempen · RM15,000

Kumpul RM15,000 sebelum hujung tahun, supaya balai baru siap dibina menjelang Januari 2027.

Pembinaan dijadual bermula Disember 2026. Sumbangan anda membiayai pembinaan balai, kelengkapan persekolahan untuk murid di sekitar kawasan terjejas, serta pengurusan dan pemantauan projek sehingga balai siap diguna.

8 × 4 meter
saiz balai baru (32 m²)
± 20–25 orang
kapasiti setiap kelas
Dis – Jan
tempoh pembinaan 2026/27
Kempen ini akan berakhir pada 31 Disember 2026
00
Hari
00
Jam
00
Minit
00
Saat
Lantai kayu balai yang runtuh dan senget selepas banjir
Bahagian dalam balai yang kosong dengan papan tulis lama Sukarelawan MVM di kawasan terjejas banjir di Aceh
Membina Ruang Ilmu, Menyokong Langkah Pendidikan

Bagi kita, ia hanya sebuah ruang sederhana. Bagi mereka, di situlah anak-anak mengenal Al-Quran.

Ketika misi bantuan banjir di Aceh, team MVM bukan sahaja melihat rumah dan harta benda yang musnah. Kami turut melihat banjir merosakkan tempat yang menjadi nadi kehidupan komuniti: balai mengaji.

Sebelum banjir, penduduk berkumpul di sini untuk membaca Al-Quran, belajar agama, mengadakan aktiviti komuniti dan berkongsi ilmu. Selepas banjir, lantai kayu balai runtuh dan keadaannya tidak lagi selamat. Namun kerana tiada usaha baik pulih, anak-anak masih menggunakannya. Bila terlalu ramai, sebahagian mereka mengaji di atas tanah.

2025
balai rosak dilanda banjir besar Aceh
0
usaha baik pulih setakat ini
1
ruang pengajian utama kampung
Kenapa Balai Ini Perlu Dibina Semula

Aceh dilanda bencana demi bencana. Pemulihannya masih perlahan.

Tidak selamat digunakan

Tinjauan kami mendapati struktur balai lemah. Anak-anak dan penduduk terdedah kepada bahaya jika ia tiba-tiba roboh.

Mengaji tetap diteruskan

Mengaji adalah tradisi dan pendidikan berterusan di sini. Walaupun balai rosak, anak-anak tetap datang belajar.

Tidak cukup ruang

Bila ramai yang hadir, sebahagian kanak-kanak terpaksa duduk dan mengaji di atas tanah di luar balai.

Objektif projek ini: Membina ruang komuniti yang selamat Memulihkan akses utama pengajian Meneruskan tradisi pengajian komuniti
Kalkulator Sedekah Jariah

Sebuah balai siap bila ramai yang menyumbang sedikit.

Pilih jumlah, dan lihat berapa ramai penderma seperti anda yang diperlukan untuk menyiapkan balai ini.

Jumlah sumbangan
Sumbangan anda RM100
Online Banking · DuitNow QR · Pindahan Bank
Dengan RM100 setiap seorang, hanya 137 penderma lagi diperlukan untuk menyiapkan balai ini
0.7% daripada keseluruhan sasaran RM15,000 datang daripada anda seorang.

“Setiap ayat yang dibaca di balai ini, insya-Allah menjadi pahala yang terus mengalir.”

*Bilangan penderma dikira berdasarkan baki sasaran semasa dan dibundarkan ke atas.
Balai Baru yang Akan Dibina

Ruang mengaji yang kukuh, lapang dan selamat.

Balai baru dibina di atas tiang, berlantaikan papan kayu dan beratap spandek, supaya selamat daripada air bertakung dan selesa untuk kelas pengajian.

Balai pengajian yang siap dibina, beratap biru kehijauan dengan dinding separas kayu hijau
Projek terdahuluBalai yang telah siap dibina bersama rakan lapangan. Hasil balai di Desa Madat lebih kurang seperti ini.

Spesifikasi balai

Ukuran
8 × 4 m
Luas
32 m²
Tinggi
± 3 m
Tiang
8 batang
Lantai
Papan kayu
Atap
Spandek
Kapasiti ± 20–25 orang Tempoh bina Dis 2026 – Jan 2027
Peta Aceh dengan bulatan merah menandakan lokasi Desa Madat di Aceh Timur
Lokasi
Desa Madat, Aceh Timur
Sumbangan anda juga merangkumi Kelengkapan persekolahan untuk murid di Peusangan Selatan, Bireuen Selain membina balai, MVM akan mengagihkan kelengkapan persekolahan kepada beberapa murid SD Negeri 1 Peusangan Selatan dan SMP Negeri 1 Peusangan Selatan di Dusun Suwak, Kecamatan Peusangan Selatan.
Impak Sumbangan Anda

Satu sumbangan. Sebuah ruang untuk komuniti. Manfaat yang berterusan.

Kanak-kanak perempuan bertudung belajar mengaji di kelas
Kelas pengajianRuang untuk kelas Al-Quran, fardu ain dan ilmu agama anak-anak kampung.
Sukarelawan MVM bersama remaja kampung di dalam balai
Hubungan komunitiTempat penduduk bertemu, berbincang dan menjalankan aktiviti sosial bersama.
Penduduk kampung duduk berkumpul di dalam sebuah balai
Projek lestariSatu bangunan yang kekal digunakan bertahun-tahun, bukan bantuan sekali guna.
Pelaksanaan & Akauntabiliti

Dari tinjauan tapak hingga balai siap diguna.

Setiap peringkat dipantau oleh MVM dan didokumentasikan untuk penderma.

  1. 1Pengesahan lokasiPenilaian tapak dan keperluan komuniti di Desa Madat.
  2. 2Pembinaan & pemantauanBalai dibina mengikut skop dan bajet yang dipersetujui, dipantau sepanjang tempoh pembinaan.
  3. 3Pengesahan siapHasil pembinaan didokumentasikan dengan gambar dan video.
  4. 4Laporan kepada pendermaLaporan pelaksanaan dan perbelanjaan projek dikongsi secara terbuka.

“Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya.”

Hadis Riwayat Muslim
Sokong Pemulihan Aceh

Kita mungkin tidak dapat ke Aceh. Tetapi sumbangan kita boleh membina semula balai itu.

Bayangkan anak-anak kembali duduk membaca Al-Quran di dalamnya, guru kembali mengajar ilmu agama, dan masyarakat kembali berkumpul. Insya-Allah, setiap kebaikan yang lahir dari tempat itu menjadi pahala yang terus mengalir.

Dokumentasi pembinaan dan laporan projek dikongsi secara terbuka.
Syarikat atau organisasi yang ingin menaja penuh balai ini boleh hubungi salam@mvm.org.my.
atau pindahan terus
Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia · Maybank
5648 0164 7699
Rujukan: BALAI
Hantar resit ke account@mvm.org.my atau WhatsApp untuk rekod. WhatsApp Adawiyah · 017-807 4337